Confinement Lady vs Jagaan Mak

Confinement Lady (CL) atau senang nak cakap, penjaga pantang. Lebih glamor sikit, mak bidan tapi zaman kini muda-muda dah boleh uruskan terapi berpantang.






Sebab ini adalah ILMU KEMAHIRAN. Bukan sekadar pengalaman.



Khidmat CL sebenarnya sangat diperlukan. Memandangkan pasangan sekarang lebih suka untuk berpantang di rumah sendiri.



CL ni ada yang boleh tinggal di rumah kita atau boleh juga yang datang balik hari. Antara servis yang ditawarkan adalah berurut, berbengkung, tangas, mandi herba, mandi baby, tuam baby, bertungku ibu dan ada juga yang sediakan makanan berpantang.



Seperti saya, berpantang sendiri masa lahirkan anak kedua kami. Alasannya tak nak susahkan mak. Sebab anak sebelum tu sepenuhnya berpantang di kampung bawah jagaan mak.



Alhamdulillah, masa mak jaga, saya belajar tentang berbengkung, bertungku, mandi herba serta pengalaman orang-orang lama berpantang. Tapi kami tetap panggil mak bidan. Ni hanya untuk berurut serta cukur & sunatkan baby.


Masa anak sulung, selagi tak sampai 3 bulan,
tangan baby masih bersarung. Kain batik pun
penuh balut tempat tidur




Masa dengan mak, bab makan saya sangat tip top. Cuma ada beberapa pencanggahan pendapat bila ada kawan-kawan mak datang melawat seperti kuantiti minum air, tidurkan baby dan puting plastik.



Mungkin ni antara sebab juga nak pantang sendiri masa anak kedua kut hehe. Tapi kami tak guna khidmat CL pun. Kebetulan saya kena emergency ceaser. Maka banyak juga terapi pantang yang kami skip terutama berbengkung.



Alhamdulillah, selepas sertai Kursus Penjagaan Pantang bawah Projek The Walking Beauty, rupa-rupanya bersalin cara pembedahan juga dapat berpantang seperti yang bersalin normal.



Boleh berbengkung, berurut, mandi herba, berparam pilis, tangas dan juga sauna. Ada cara-caranya.


Bengkung Tali Kasut
Boleh juga dipakai orang bersalin ceaser



Bengkung Tali Barut



Herba yang dijadikan param pilis
Boleh digunapakai pada yang tak bersalin juga



Anak dara pun boleh bertangas



Dan dalam kursus tu juga, peserta didedahkan dengan bab nutrisi bagi bantu pemulihan segera selain amalan berpantang tradisional. Set Bersalin Shaklee serta Set Berpantang Shaklee memenuhi nutrisi bagi bantu penyembuhan luka, stabilkan mood, bantu production susu, tingkatkan kembali tenaga setelah penat bertarung ketika bersalin, mudah pelawasan dan bantu dapatkan berat serta bentuk badan ideal.







Jika anda berminat untuk belajar sebagai persediaan bersalin nanti atau berniat untuk jalankan servis rawatan lepas bersalin, boleh hubungi nombor di bawah. Nak book slot terapi berpantang pun boleh.






Puan Afzan Noor
Pemilik dan Pengusaha ATB Spa
afzan6r@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Modal Minima Buka Spa

Apa Beza Home Spa dengan Mobile Spa?

Baby & Kids Spa By TWB: Perkara Baru Yang Bakal Trending Di Malaysia