Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Confinement Lady

Amalan Bertungku Bukan Hanya Untuk Lepas Bersalin

Imej
Bertungku ni bukan hanya untuk lepas bersalin je tau. Yang muda mudi, acik2 pun boleh. Bertungku menggunakan batu sungai Dibalut dengan daun herba Sedap sangat bila guna batu sungai, dibalut dengan daun herba, letak pula di badan. Untung bagi yang ada ilmu sebab boleh praktik merasa sendiri. Dalam masa yang sama boleh juga belajar cara berpantang tradisional. Walaupun begitu, bertungku boleh dilakukan oleh anak dara, lelaki mahupun warga emas. Antara manfaatnya: - melancarkan peredaran darah - memanaskan badan - buang angin - kurangkan sakit senggugut - hilangkan lenguh dan sengal badan Kalau lepas bersalin, amalan bertungku bantu untuk lancarkan perjalanan darah, untuk keluarkan darah kotor dan juga kecutkan rahim. Ingat masa saya bersalin emegency cser anak kedua. Amalan bertungku ni saya tak buat di bahagian peranakan. Allahu kepala cepat pening berbanding masa anak pertama. Sebab yang sulung saya lahirkan secara normal. Pening kepala ni...

Amalan Berbengkung Tradisional

Imej
Ikut pengalaman, wanita zaman sekarang bukan la taknak berpantang tradisional. Tapi sebenarnya telah dimomokkan dengan "kerumitan" berpantang. Ada yang takut sakit badan la bila berbengkung. Risau susah nak buang air dan ada juga yang tak suka badan berbau. Tapi sebenarnya bukan bau apa pun. Bau herba-herba daun kayu dan minyak je. Tak ambil masa lama mana.  Buat rutin cukup 44 hari, masa kenduri habis pantang besar, mak-mak dah makin comey berseri😊 Amalan berpantang ni pun bukan sekadar tunggu lepas bersalin je. Anak dara dan mak-mama yang dah punya anak besar pun boleh buat. Banyak manfaat dia. Kalau berbengkung, kaum adam boleh buat tau. Haaa penting ada ilmu.  Paling marveles, pakai la bengkung jawa. Pergh... selamat dan badan pun rasa fit! Sempat la saya merasa lilit badan ni dengan kain 10 meter masa bersalin anak sulung, cik kasih. Nak rasa berbengkung?  3 jenis bengkung boleh guna pakai...

10 SEBAB ANDA PERLU MEMILIH PAKEJ BERPANTANG TWB

Imej
Amalan berpantang diamalkan untuk mengembali kesihatan serta memulihkan kewanitaan wanita. Tapi zaman moden kini, kelihatan ramai wanita pandang sipi pada amalan berpantang. Sebenarnya bukan ambil tak endah. Wanita zaman sekarang ni sibuk dengan aktiviti harian sampai terlupa penting proses penjagaan dalam berpantang ini. Namun tak ramai yang rajin atau boleh lakukannya sendiri. Jadi founder The Walking Beauty memperkasakan team TWB untuk bantu ramai wanita lain dengan menambah ilmu penjagaan lepas bersalin pada setiap beauticians. Ada 10 sebab kenapa anda perlu pilih Pakej Pantang TWB 1. Terapis yang berdedikasi Team TWB mendapat kursus dari tenaga pengajar yang mempunyai 10 tahun lebih pengalaman dalam bidang perbidanan. Team TWB dilatih secara hands on practical dan sentiasa diberi tunjuk ajar walaupun di luar kelas. 2. Servis yang diberi bukan sekadar fokus pada kesihatan luaran, malah penjagaan dalaman juga. Setiap pakej berpantang yang disediakan,...

Pakej Rawatan Selepas Bersalin

Imej
Zaman moden kini, kelihatan ramai wanita pandang sipi pada amalan berpantang. Sebenarnya bukan ambil tak endah. Tapi wanita zaman sekarang sibuk dengan aktiviti harian sampai terlupa penting proses penjagaan dalam berpantang ini. Amalan berpantang diamalkan untuk mengembali kesihatan serta memulihkan kewanitaan wanita. Wanita bersalin bukan lahirkan baby sebesar biji sawi. Banyak tenaga & kudrat diguna semasa meneran. Belum dikira saat-saat badan berubah selama 9 bulan 10 hari kandungkan baby. Wajar amalan berpantang ini diamalkan oleh setiap ibu lepas bersalin. Dan lebih mudah, kini The Walking Beauty melancarkan penjagaan lepas pantang dari rumah ke rumah. Atau lebih dikenali sebagai Confinement Lady (CL). Antara pakej yang ada - Penjagaan Ibu Urutan Bertungku Param / Pilis Bertangas Berbengkung Sauna - Penjagaan Bayi Mandi Tuam Cukur Kepala - Penutup Pantang Urutan Sauna Bertungku Bertangas Lulur ...